Koleksi dan Gaya Dorothy Perkins

Adakah anda pernah...

  • terbayang untuk bergaya cantik persis seorang model terkenal?   
  • mempunyai keinginan untuk tampil bergaya setiap hari? 
  • mahu mendapatkan koleksi baju wanita terkini musim ini untuk koleksi anda?

Jika ya,  jom dapatkan ini semua dengan membeli koleksi terkini daripada Dorothy Perkins.

Diasaskan pada 1909, Dorothy Perkins yang berasal dari United Kingdom telah berjaya menambat hati banyak golongan terutamanya wanita.  Sehingga kini Dorothy Perkins yang memiliki ratusan cawangan di seluruh dunia termasuklah Malaysia telah membuktikan bahawa mereka mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Dorothy Perkins Malaysia  adalah sebuah jenama hebat yang telah lama popular sejak sekian lama.  Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat lihat mereka semakin berani mengorak langkah dalam industri fesyen yang mana memperlihatkan jenama ini berdiri sama gah dengan pelbagai lagi jenama terkenal yang lain.  Ternyata hasil usaha keras dan langkah promosi yang berkesan telah memberi peluang buat mereka untuk menaikkan lagi jenama Dorothy Perkins dalam pasaran.
Koleksi baju Dorothy Perkins Malaysia untuk musim ini ternyata mendapat perhatian ramai dan menerima sambutan yang cukup memberangsangkan daripada para peminat setia mereka.  Koleksi pakaian Dorothy Perkins memberikan peluang untuk wanita tampil menawan pada bila-bila masa dan ke mana jua mereka pergi.  

Bagaimana pula dengan kualiti?. Jangan risau kerana sudah pastinya produk daripada jenama popular diperbuat daripada hanya bahan terbaik dan terpilih sahaja.  Tambahan pula dengan harga yang berpatutan semua orang mampu memiliki produk daripada Dorothy Perkins.

Mari kita lihat 2 contoh gaya daripada Koleksi Baju Dorothy Perkins.

Gaya 1 : Ringkas dan Sweet



Sukakan gaya yang ringkas namun dalam masa yang sama kelihatan sweet? Padankan baju top daripada Dorothy Perkins dengan sepasang seluar bercorak, jam tangan dan sepasang kasut tumit tinggi. Penampilan anda  akan kelihatan lebih anggun dan bergaya.

Gaya 2 : Anggun dan Stylish



Baju dress Dorothy Perkins bermotifkan bunga ini pula amat sempurna untuk gadis yang gemar tampil dengan gaya anggun yang penuh bergaya. Apatah lagi jika dipakai bersama sepasang kasut wedges pasti anda akan kelihatan lebih fashionable dan menjadi tarikan ramai lelaki yang memandang!

2 comments