DIY | Bunga Kertas Besar Untuk Pelamin

 Cantik tak bunga kat atas tu?. Sebenarnya cara nak buat sangatlah mudah dan menjimatkan. Bunga Kertas (pompom flower) sangat sesuai untuk digunakan untuk backdrop pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.

Sebelum mulakan dengan proses membuat bunga kertas, mari kita tengok apa bahan yang diperlukan: 

1.Kertas Crepe / Tissue Paper
2. Dawai Halus 
3. Gunting

Cara-cara untuk membuat bunga kertas bersaiz besar : 

1. Lapis beberapa keping kertas crepe (8 -10 keping). Lagi tebal lagi cantik, especially untuk bunga yang bersaiz besar.  Dari segi warna boleh pilih mengikut tema majlis korang, contohnya aku menggunakan warna pink+ grey. Kalau nak lebih ceria boleh menggunakan banyak jenis warna macam pelangi. Meriah  uolls.

2. Lipat macam membentuk kipas dengan ukuran lebih kurang seinci untuk lebar. Di bahagian tengah, ikat dawai dengan ketat supaya ia tidak terbuka apabila proses untuk menarik kelopak bunga nanti. 
Rujuk gambar dibawah.
 3. Gunting bahagian hujung lipatan seperti di dalam gambar untuk membentu kelopak yang diingiini. Boleh juga kalau nak potong bucu yang tajam. macam ni " > " . Yang dalam gambar aku potong tu macam ni " ) " .

4. Ini adalah bahagian yang paling menarik dimana kita akan mula menarik satu persatu kelopak tersebut bagi membentuk bunga. Haruslah berhati-hati sebab takut nanti terkoyak pulak. Kan dah tak cantik. :'( .
Caranya ialah dengan menarik setiap bucu kertas tersebut dan tarik kearah dalam (kearah dawai di bahagian tengah). Perlukan sikit kesabaran bagi yang mencuba buat pertama kali.

5. Ulangi langkah yang sama untuk kelopak yang sebelah lagi tu. 

 TIPS : Jika menggunakan kertas tisu (tissue paper) kertas nya lebih nipis dan mudah terkoyak. Jadi korang perlu sangat berhati-hati. Bagi yang baru nak bermula boleh mengunakan kertas crepe. Harga diantara 50 - 70 sen sekeping.

Pastikan saiz kelopak mampu membentuk kipas. (hujung bertemu hujung). Sebab kalau tak, nanti bunga tu akan jadi seolah-olah terkangkang. :(  Itu maksudnya korang gagal dan kena cuba lagi.

Bunga Kertas untuk Pelamin
 Boleh buat pelbagai jenis saiz dan warna agar nampak lebih meriah. Kemudian gantung pada kain backdrop atau letak di bahagian tepi pelamin. Dah siap 1 lagi idea DIY untuk pelamin / hiasan rumah. :) 

Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah. InsyaAllah aku akan menjawap sehabis baik.

28 comments

  1. cantik!
    boleh try buat nnti ni
    sng! terjah blog liza je :)

    ReplyDelete
  2. wahh...cantik..dulu waktu nak tunang gigih buat bunga ni banyak-banyak untuk hias hantaran..

    ReplyDelete
  3. Cantekknyaa! Akak suka tgk combination warna dia :)

    ReplyDelete
  4. Senang je rupanya..jarang buat2 bunga nih..kalau ada yang nak kawen baru la sibuk tolong2 bagi idea..heheh

    ReplyDelete
  5. tgk mcm snng..tp klau buat xtau la jd ke x...eheh

    ReplyDelete
  6. Wow... meriahnya bunga tu... cantik..

    ReplyDelete
  7. cantik..tp tgn sy keras..confirm xkan jd cantik cmnie..hehe

    ReplyDelete
  8. nice,, comel warna tu bila gabung

    ReplyDelete
  9. org yg kreatif buat apa pun menjadi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis suria pandai mengarang :) suka baca entry akak.. tenkiu salu singgah sini .

      Delete
  10. DIY sendiri benda benda macam nie memang menjimatkan...hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. nanti time lan boleh mntak liza tolong :)

      Delete
  11. Eee...cantiknyaaaa...suka...tak tahu pulak boleh buat macam ni...heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin cuba dear :) insyaAllah menjadi. modal pun tak tinggi sangat

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...sy nk mintak izin ambik step bunya ni utk contoh d.i.y dlm presentation ye..

    ReplyDelete
  14. Tissues paper tu kertas wau ke.. Sy cari tak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam :) tissue paper ni kertas jenis nipis tu. Tak pum boleh guna crepe paper.

      Selalunya ada jual dekat kedai craft, kedai buku yang besar atau kedai barangan pengantin.

      Crepe paper harga antara 50-70 sen sekeping.

      Delete
  15. Nak sewa pelamin Mini DIY. RM180.
    atau nak sewa asing2.. carpet bulu,stage dan jet set dan lain2 barang
    boleh semak FB iris bakery cupcake.
    Ksyam 0166026253

    DIY with ur creativiti.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih sis!!!! What a nice dan affordable idea to decorate pelamin. really gonna use this method to cut cost. i kene hias pelamin abang ai kawin nanti. huhhu peace

    ReplyDelete
  17. Tq sis..akak tgh cari idea nak diy backdrop utk majlis kawen adik bongsu....thanks a lot

    ReplyDelete
  18. Tq sis..akak tgh cari idea nak diy backdrop utk majlis kawen adik bongsu....thanks a lot

    ReplyDelete
  19. sama-sama.. selamat mencuba ye. :) boleh jimat kos jugak kalau buat macam ni

    ReplyDelete
  20. lich..
    I was searching for DIY paper craft, and here I am, landed at your creative land of idea.
    hihi

    love you fren =D

    ReplyDelete